Thursday, June 3, 2010

Contoh RPH pendidikan Islam

RANCANGAN PELAJARAN
HARIAN


Nama Guru : Mohd Rizal Bin Zainal.
Mata Pelajaran : Ibadat.
Tajuk : Puasa.
Darjah : 4 Redha.
Hari : Isnin.
Tarikh : 8 Januari 2010.
Masa : 4.00-5.00 petang.
Bilangan Murid : 30 orang.
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid pernah menunaikan ibadat puasa.
Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
Aras 1 : Menyebut pengertian puasa dengan baik.
Aras 2 : Menyenaraikan 3 dari tujuan puasa.
Aras 3 : Membezakan bulan Ramadhan dengan bulan-bulan lain.
Kemahiran : Membaca, menyebut dan menulis.
Kemahiran berfikir : Menjana idea, mengkategori, membuat keputusan
dan menyusun atur.
Nilai-nilai murni : Khusyuk, rajin, yakin, bekerjasama, bersungguh-sungguh dan
berani.
Bahan Bantu Mengajar : Laptop/LCD, Kitab Ibadat Darjah 4, buah kurma, roti, air kosong.


Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Catatan
Pendahuluan
(3 Minit) Doa belajar

1. Guru dan murid membaca doa bersama-sama sebelum memulakan pelajaran.
Nilai:
Khusyuk, bersungguh-sungguh.
Tujuan:
Untuk memohon keberkatan.

Set Induksi
(5 minit)




Rasulullah hanya memakan 3 biji buah kurma, roti dan air masak (air zamzam) untuk berpuasa. 1. Guru menunjukkan satu persatu barang tersebut kepada murid-murid.
2. Murid-murid diminta untuk menyebut satu persatu dengan betul.
3. Guru memaparkan video.
4. Guru menerangkan makanan dan video tersebut kepada murid-murid.
5. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini. ABM/BBM:
Buah kurma, roti, air mineral, video.
KBKK:
Membuat perkaitan.
Nilai:
Rajin, yakin, bekerjasama, bersungguh-sungguh.

Langkah 1
(14 minit) Pengertian Dan Hukum Puasa



1. Guru mempamerkan slide dengan baik.
2. Murid-murid diminta untuk memberi perhatian.
3. Murid-murid diminta untuk mengikut bacaan guru.
4. Guru menerangkan satu persatu dengan betul.
5. Murid-murid diminta untuk mengulang bacaan tersebut. ABM/BBM:
Laptop/LCD.
Kemahiran:
Membaca, menyebut.
KBKK:
Menyenaraikan,
Mengkategorikan.
Nilai :
rajin, yakin, bersungguh-sungguh, kerjasama.



Langkah 2
(10 minit) Tujuan Dan Matlamat Berpuasa






1. Guru mempamerkan slide.
2. Murid-murid diminta untuk melihat dengan baik.
3. Guru membaca satu persatu dengan betul.

4. Murid-murid diminta untuk membaca satu persatu dengan betul mengikut bimbingan guru.
5. Guru menerangkan satu persatu dengan lebih jelas. ABM/BBM:
Laptop/LCD.
Kemahiran:
Membaca, menyebut.

KBKK:
Menyenaraikan.
Nilai:
Rajin, yakin, bersungguh-sungguh, kerjasama.

Langkah 3
(15 minit) Cara Menentukan Awal Bulan Ramadhan



1. Guru mempaperkan slide.

2. Murid-murid diminta untuk memberi perhatian.

3. Murid-murid diminta untuk membaca dan menyebut satu persatu dengan betul.

4. Guru menerangkan satu persatu dengan betul. ABM/BBM:
Laptop/LCD.
Kemahiran:
Membaca, menyebut.
KBKK:
Menyenaraikan, menyusun atur, mengkategorikan.
Nilai:
Rajin, yakin, bekerjasama, bersungguh-sungguh.

Penilaian
(10 minit) Kuiz


1. Guru mempamerkan slide kepada murid-murid.
2. Setiap kumpulan dikehendaki untuk memilih soalan.
3. Murid-murid diminta untuk menjawab soalan tersebut secara kumpulan. ABM/BBM:
Laptop/LCD.
KBKK:
Membuat keputusan.
Nilai:
Rajin, yakin, bekerjasama, bersungguh-sungguh.

Penutup
(3 minit) Rumusan:
-Apa yang kamu semua pelajari pada hari ini?
-Menasihati Murid bahawa puasa itu adalah kewajipan kepada umat Islam kerana ia termasuk dalam Rukun Islam. 1. Guru bertanyakan kepada murid.
2. Guru dan murid membuat rumusan sebagai penutup pelajaran hari ini.
3. Murid diberi latihan pengukuhan daripada kitab untuk diselesaikan di rumah.

4. Guru memberikan sebiji kurma untuk murid-murid.
5. Murid-murid merasa seronok.
ABM/BBM:
Kitab Ibadat Darjah 4

Nilai:
Berdikari,
Kesedaran kendiri.

No comments:

Post a Comment