Thursday, June 3, 2010

Mesyuarat Agung PIBG , SATSP.

Assalamualaikum..
Tadi ada mesyuarat sekolah...membincangkan hal-hal yang akan berlaku selepas cuti sekolah nanti dan pembahagian tugas para guru dalam mesyuarat agung dan anugerah cemerlang murid...
saya dapat tugas baharu...maklumlah baru pindah ke sekolah ini..kira cikgu baharu lah.Saya di tugaskan sebagai pengacara majlis pada hari tersebut.Macam batu menghempap kepala ini.saya tidak ada pengalaman menjadi pengacara.Setakat memberi taklimat pada perhimpunan sekolah adalah..ni majlis besar pula..disertai kehadhiran ibu bapa lagi..berdetap detup jantung ini.
Tapi bila fikir semula..mungkin ada kebaikan atas semua yang telah tertulis.Saya akan ambil ini sebagai satu cabaran yang perlu dilaksanakan.Saya akan buat yang terbaik bagi memastikan perjalanan majlis akan berjalan dengan lancar dan baik..Doa-doakan lah ye..

No comments:

Post a Comment